Friday, October 2, 2009

Nilai RM 5

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut- hinjut Toyota CorollaAltis 1.8 ini dilambung graviti. Ery yang duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan Hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau.

Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu- sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam. Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari hafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. " Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang dirumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!! " Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana .Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang.

Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu persatu,perlahan- lahan dan terketar.Aku terkedu. Terkejut dan malu.

Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.

Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu,hingga jatuh di hujung kaki. "Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan,jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu. *"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."

Wednesday, September 30, 2009

Salam Lebaran >_<


My family on Raya Aidilfitri 2009
(Ayie celeb Raya at Dubai in this year )



Assalamua'laikum kengkawan semua...
First of all.. Sempena bulan Syawal yang mulia ini...

"Dalam gurau ada terkata,
Dalam bicara ada terkasar bahasa,
Dalam tindakan terguris rasa,
Dalam hidup ini tak lepas dosa,
Andai ada silap & salah,
Ampunilah segalanya,
Halalkan makan & minum jika ada,
Salam Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin."



Lagu raya tahun ni nyanyian Hujan & Raihan cukup indah utk dihayati liriknya... Dalam waktu kita membesar, kadang² kita tidak sedar sama ada apa yang kita lakukan untuk keluarga kita itu membahagiakan mereka atau pun melukakan perasaan mereka... Walau bagaimana pun, sebagai anak... kita cuba yang terbaik untuk membaiki keadaan agar menjadi lebih baik dari hari² yang sebelum ni. So, kepada kengkawan semua... hayatilah lirik yang aku attached kan di bawah


Hujan & Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya


Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti


Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia


Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti



Saturday, June 6, 2009

Berubah...???

Assalamua'laikum...

Buat pertama kalinya aku mulakan mukadimah dengan salam. >_< Hari ni.. hari ke-2 selepas ulang tahun aku yang ke- tuuuUutttt... ( kengkonon rahsia lah )... Apa yang telah aku lakukan selama aku hidup di dalam dunia ini...? Dari sebaik² perbuatan hinggalah ke seteruk²nya... Apa yang aku dapat melalui perbuatan aku...? Memang betol orang tua² kata... Buat baik di balas baik.. buat jahat di balas jahat... Pada aku.. kehidupan ni merupakan satu pentas di mana kita adalah pelakon² nya yang melakon kan watak masing² untuk terus survive selama mana yang mampu.. dan orang di sekitar kita itulah yang menjadi penontotnnya... Kalo baik lakonannya, baiklah sambutannya.. Kalo buruk lakonannya, maka buruklah sambutannya... Seperti sebuah drama di mana ada permulaannya.. pasti ada tamatnya drama tersebut...

Kisah hidup aku.. Hurmxx... agak banyak jugak pengalaman yang aku kumpulkan sepanjang aku hidup... sebaik² pengalaman.. hinggalah ke seburuk²... Dari mana aku dapat pengalaman tersebut..?? Melalui persekitaran... keluarga, kekasih, kengkawan & masyarakat sekitar.. dengan pergaulan dan pemerhatian.. Dari situ lah aku dapat pengalaman... itu pon.. kira aku masih lagi mentah dalam menjalani kehidupan ini... Dengan pengalaman tersebut lah antara sedar dengan tidak.. telah membentuk diri aku... Untuk jadi apa..?? Yang itulah kita nak tau tu... ( pinjam dialog watak Amran Askor lakonan Khir Rahman).. Untuk menjadi lebih matang.. lebih bersedia dalam menghadapi cabaran kehidupan yg mendatang... Aku tak dapat nak pastikan bila dan macam mana "drama" kehidupan aku nih akan berakhir.. cuma aku dapat berdo'a.. memohon agar bila tamat nya kehidupan aku... orang yang mengenali diri aku sebelom ni akan sentiasa ingat aku.. ( kebaikan jer lah.. yang buruk tuh harap di maafkan.. "o_O )....

Insya'allah...

Monday, June 1, 2009

Try to smile >_<

Hurmxx.. what to say.. how to say... Hari nih... almost one whole day aku ngadap laptop aku.. online... dari 2 ari lepas.. aku cuba nak cuba formatkan thumb drive yang di amanahkan kepada aku... dah pelbagai software aku guna.. still tak berjaya.. dah memacam command aku type kat "cmd.exe" tapi tak memberikan kesan yang positif... ada yang cakap buang ajer thumb drive tuh beli baru.. ada yang kata factory default.. tapi still aku rasa.. ada caranya nak format... coz aku cuma nk tau jer cara nak buang "write protected" yang ada pada thumb drive tuh... kalo ada button kat thumb drive untuk disable kan write protected tuh.. dah senang kerja aku.. tapi seharian cuba mencari tak dapat cara yang berkesan.... Nak usik dalam registry.. agak berisiko... nak gamble atau tak... Ntah lah.. hati nih masih tak cukup kering... Ehehe.... Aku tetap akan cuba sampai berjaya.. kalo tak berjaya jugak.. biarlah hampir² berjaya... ErksS... hampir... jauh lagi kots... Masih banyak yang perlu aku pelajari....

Pelajari... hurmxX... dalam kehidupan aku.. banyak yang aku pelajari... sama ada secara langsung atau pon tak... sama ada yang baik.. mahu pon yang tak... sama ada yang menguntungkan... mahu pon yang tak... Itulah namanya asam garam kehidupan... Yang baik kita kekalkan.. yang buruk kita jadikan pengajaran... Elakkan dari ianya berulang... Di sini pentingnya sesebuah hubungan antara keluarga, kekasih, sahabat handai dan masyarakat sekeliling... Kita saling tegur menegur salah dan silap... agar masing² tak akan mengulangi kesilapan tersebut.... kalo kita ada membuat kesilapan.. kita minta maaf... Ketika ini bukan masanya untuk tinggikan EGO tak mahu mengaku kesilapan kita... Kalau kita masih rasa betul dengan apa yang kita buat tapi pada pandangan orang lain salah.. bincangkan kenapa kita dengan pendirian kita... kenapa kita tak dapat terima teguran orang lain... It's better dari hanya mendiamkan diri kerana tak ada apa² keputusan yang dapat dicapai kalau hanya mendiamkan diri... betul tak..??

So kepada semua yang mengenali aku.. tegur² lah aku kalo aku wat silap.. walau sekecil mana pon kesalahan aku.. tegur jer...

Lagu "RL - A Good Man" aku tujukan khas buat seseorang...

Thursday, April 30, 2009

Hari Ini

My 2nd post... How to say this... Entah lah... hari ini.. angin sebelah barat daya aku tk berapa baik... Mungkin di sebab kn aku t'lalu memikirkan kehidupan yg telah & sedang aku lalui.... Semalaman aku tk dapat tido dgn lena.... Mlm nih.. ada game MU vs Arsenal... teringat aku zaman aku bekerja di CC dulu.. Time² match macam nih.. sure aku, Boy, Sirkay, Alang, Yot, Arul, Sugus & a few of our friends dh melepak di memana port yg ada menayang kn game di premis mereka... RINDU nya aku dgn kengkawan semua... Bila tgh down mcm nih... segala past life aku sure secara automatically akan ter"flash" back... segala yg berlaku di masa silam aku... segala pengalaman yg menjadi kn aku seperti sekarang.... Aahhh.. aper yg aku tgh fikirkan skarang nih... KOSONG...!! Mlm nih aku perlukan seseorang utk berbual.. tak kisahlah berbual kosong.. atau berbincang tentang apa² shj.. tp.. seseorang tuh tk nk melayan org seperti aku.... mungkin selama perkenalan aku dgn dia.. banyak membebankan dirinya... itu yg dia katakan... kerana aku tk membantu dia apa² pon selama ni.... Bak kata dia.. aku "jual ikan".... Selfish kah aku...? Salah kah aper yg aku lakukan selama ini...? Aku tak membantu dia apa² kah selama nih...? Kawan².. maafkan lah aku jika sepanjang perkenalan kita.. aku membebankan korang... Maafkan aku sekiranya sepanjang perkenalan kita aku bersikap selfish.... Aku menyusun jari memohon ampun dan maaf... Kepada si dia.... Saya memohon ampun dan maaf atas segala perilaku yg tk menyenang kan sepanjang perkenalan kita.... maaf kerana membebankan diri kamu.. maafkan kerana bersikap selfish seperti yg kamu nyatakan.... Manusia tidak sempurna... setiap perilaku & keputusan yg dibuat adalah berdasar kan diri sendiri.. Maka janganlah kita menyalah kn keadaan atau org lain di atas segala kejadian yg berlaku ke atas diri kita sama ada yg baik.. mahu pon yg buruk.. kerana... keputusan yg kita ambil tuh lh yg membentuk diri dan jalan hidup kita..... MAAFKAN AKU....

Tuesday, April 21, 2009

1st Step....!!

Akhirnya.. t'pengaruh jugak aku utk m'buat sebuah blog... Selama nih aku cuma memerhati/membaca blog² org lain.. Eheh.. mungkin blog aku nih bleyh aku jadi kan tempat untuk aku meluahkan sesuatu yg terpendam.. So.. hurmxX.... nnt aper ek aku nk letak kat dlm blog aku nih... Mungkin buat masa nih... cuma "Intro" nih jer kots yg mampu coz otak tgh tepu.. blom dpt nk meluahkan aper² lagik dlm nih... Well till then.. Take Care...